Pegang tangan Elin, abah! - Noor Azlin Mohamad

Home Top Ad

ads

Friday, 29 September 2017

Pegang tangan Elin, abah!

"Abah pegang Elin macamni"
Kataku sambil mengangkat tangan abah ke bahuku.

Aku gunakan sepenuh kudratku untuk mengangkat abah dari kerusi roda di depan pintu biliknya. Aku peluk abah dari hadapan dan "tatih" abah perlahan-lahan ke katilnya. Masa tu cuma satu aku fikirkan, betapa Allah telah tunjukkan aku bagaimana abah telah mengajarkan aku cara berjalan.

Teringat masa kecil aku agak rapat dengan abah. Bila berjalan aku akan pegang tangan abah. Tadi masa abah terketar-ketar aku pegang tangan dia kemas-kemas. Tangan ini yang pernah memimpin aku. Mengajar aku bertatih, menyuap aku, memandikan aku.

Tiba-tiba rasa sebak menusuk ke dada. Aku lekas-lekas keluar dari bilik abah setelah memastikan dia baring di katilnya. Aku tak mahu dia lihat air mataku. Perasaan itu menghimpit dada, lantas cepat-cepat aku memakai inhaler.

Harini pelbagai perkara berlaku. Walaupun niat asalnya hanya ingin pergi mengambil dan menghantar barangan Merve, akhirnya aku menumpang semalam di rumah adikku di Taman Medan. Rupanya Allah ingin aku berjumpa dengan abah malam ini.

Ya Allah,  besar ujianmu pada abah. Saat aku melihat abah mula terketar-ketar aku jadi sayu. Penyakit Parkinson yang abah alami sudah semakin serius. Belakangnya sudah semakin bengkok.

"Bakpo jadi lagunimo nih!"
Ayat abah yang biasa diucapnya bila dia mula terketar-ketar.

Mohon sahabat dapat doakan abah ya.
Kak Lin tak mampu menulis panjang.
Dada masih menyesak.
Sebak.
Rasa mengantuk tetapi rungsing akan abah.
Sekali-sekala menjenguk dia melihat keadaannya.

Bukan selalu aku dapat datang menjenguk abah. Setiap kali datang aku menaiki 3 kali bas dan 1 kali Lrt. Aku tiada kenderaan sendiri, jadi pengangkutan awam adalah pilihan yang ada. Setiap kali aku datang aku cuba bantu abah apa yang aku mampu. Namun jauh di sudut hati, aku berasa sedih kerana tidak dapat menjaga abah.

Sahabat, kadangkala kita sebagai anak lupa,  satu hari nanti kita juga akan tua. Lihatlah peringatan Tuhan pada orang tuamu. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kamu, dan juga sebagaimana kamu mahu disayangi, suatu hari nanti.

Selamat malam,
-Kak Lin-

Elin Mohamad
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
#BukanCikguBiasa
#BukanSekadarFollow!

📁 File: #TheStoryOfElin, #SarjanBersaraMohamadSalleh

📌 Sila #Like,  #Komen dan #Share jika anda belajar sesuatu. #Tag sahabat hanya bila dapat keizinan mereka. Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a comment