Siapa Keluarga kita? - Noor Azlin Mohamad

Home Top Ad

ads

Tuesday, 30 May 2017

Siapa Keluarga kita?

Adakah ianya dipanggil keluarga jika ia sempurna, ada ayah ada ibu dan adik beradik?

Adakah ia bila yang berdarah daging ini boleh duduk sebumbung?
Adakah bila semua sehati sejiwa?

Kak Lin ingin berkongsi sesuatu malam ini,maaf ianya agak bersifat personal opinion, bukan betul atau salah, cuma pendapat Kak Lin semata-mata. Bila Kak Lin ada kecelaruan, Kak Lin suka menulis, kerana ia sebagian jiwa yang bisa tersampai bila lidah sudah tidak mampu berkata-kata.

Adik beradik.
Selalu Kak Lin jumpa frasa atau nasihat yang mengatakan adik beradik bagai air dicincang takkan putus.  Suami isteri boleh bercerai kata mereka. Adik beradik berpatah arang pun boleh tercantum, biarlah rentung pun takpa, sebab adik beradik.

Siapa adik beradik kita? Anak seibu seayah? Atau sama ayah sahaja, atau sama ibu? Bagaimana pula dengan anak angkat? Kita mengistilahkan adik beradik sebagai orang yang bertalian darah, keluarga terdekat yang dibesarkan bersama-sama.

Jadi sejauh mana kukuhnya hubungan yang dibina dalam rumah ini? Adakah ianya kekal kerana kita "adik beradik"? Banyak kisah adik beradik yang berputus arang sesama mereka, tetapi sahabat boleh lagi bersua muka. Kalau adik beradik, rasanya jumpa di Kampung pun mengalih muka.

Kenapa jadi begini? Kerana kita teman-teman!

Sebab kita rasa adik beradik, ah macamana pun akan baik balik. Akan terima balik baik buruk kita. Jadi kita buat tak endah perasaan mereka. Kita dahulukan kawan-kawan kita, suami kita, bos,ipar duai,cikgu dan lain-lain.

Eh,  habistu takkan nak derhaka suami? Mana boleh!

Ya Allah...
Cinta,  dari Allah dia datang,  kepada Nya ia kembali...

Hidup kita ni kejar cinta Allah dahulu,buat kerana Allah, sayang suami kerana Allah, taat ibu bapa kerana Allah!

Jika kita pegang ini, insyaAllah kita akan dapat suami yang baik, memahami keadaan adik beradik kita. Yang sayang keluarga kita sebagaimana adik beradik mereka!

Tiada istilah "dia bukan keluarga kita, cuma ipar duai". Bila mana kita kahwini seorang isteri dan suami, keluarga mereka menjadi sebahagian dari kita, jadi adik beradik kita, jadi ibu bapa kita.

Kita harus adil kepada mereka sebagaimana keluarga kita. Kasih sayang, simpati perhatian juga sama. Anak-anak mereka anak-anak kita. Bukan itu anak dia, bukan anak aku.

Kak Lin pernah melihat keluarga yang ukhuwahnya amat jitu. Bila bersama, dapat dirasai kasih sayang dari sesama mereka. Tak perlu berlakon, di depan gelak dan senyum semata-mata menjaga air muka sedangkan belakang bercakaran mengumpat sesama sendiri.

Jadi bagaimana nak berharmoni dengan ipar duai dan mertua bagai satu keluarga?

Satu :
Ikhlas.

Bila kita ikhlas memberi kasih sayang, kita akan menerima kasih sayang yang ikhlas juga. Jika kita terpaksa, maka akan terima yang terpaksa juga. Jika kita cuba mengambil kesempatan kita pun akan menerima yang sama.

Dua:
Tawakkal

Berserah pada Allah pemilik cinta dan kasih sayang. Jika ditakdirkan kita tak menerima kasih sayang keluarga, maka ada pengganti yang Allah akan hadirkan kepada kita. Lihatlah sekeliling kamu berapa banyak kasih sayang dan cinta yang kau peroleh hasil kamu berserah pada Allah.

Ketiga:
Redha

Kadangkala kita menghadapi situasi yang memaksa kita meninggalkan keluarga kita, menjauhi mereka, tidak dapat bersama mereka pada majlis-majlis, hari raya dan sebagainya, kerana keadaan hidup kita. Jadi kita kena redha dengan keadaan itu kerana itu yang terbaik untuk kita. Allah Maha Penentu segala.

Keempat :
Percaya Allah lebih menyayangi kita dari semua makhluk bumi yang ada.

Allah mendekatkan kita dengan orang yang sepatutnya,  menjauhkan kita dari orang yang akan membawa kesusahan kepada kita.  Sebagai manusia kita akan mempunyai pelbagai rancangan dalam hidup. Kita mempunyai cita-cita seluas langit.
N
apa yang kita tiada, penglihatan yang Maha Luas, Maha menembusi hati dan meramal sikap manusia. Allah ada semua itu. Allah Maha Penyayang, dan percayalah apa yang berlaku ada hikmahnya.

Kelima:
Untuk menerima kasih sayang, berilah terlebih dahulu.

Beri kepada semua manusia dan makhluk. Jika cuma mendapat balasan dari segelintir,percayalaha ianya ikhlas dari Allah yang menghadirkan mereka dalam hidup kita.

Jadi,
Harini Kak Lin ingin nyatakan,Kak Lin sayang kamu!
Sudikah kamu menyayangi Kak Lin kembali?

-Kak Lin-
Sayang, Cinta dan Airmata.
#thestoryofelin

No comments:

Post a comment