Suamiku #mamaticeskating - Noor Azlin Mohamad

Home Top Ad

ads

Saturday, 29 April 2017

Suamiku #mamaticeskating


Warning: Ini Genre Muda Mudi

Aku masih ingat waktu itu. Aku dan suamiku berkenalan di Ice Skating Sunway Pyramid.

Waktu si dia mula menyapa aku, agak terkejut juga sebab dia sangat ramah.Pot pet pot pet tanpa henti. Dalam hati biar betul dia ni. Baru kenal sahaja kenal mulutnya ringan sahaja menutur kata. Dalam hati terfikir, si dia ini ingin mengurat atau nak berborak?

"Sorang saja ka, pakwe mana?"
Pergh ayat 'pickup' line dia!

"Ada nampak sapa-sapa ke tepi saya?"
Ceh, aku jual mahal masatu. Ingat senang nak 'tackle' awek UIA macam aku ni?

"Mana tau,  kot ada dalam tu..."
Jawab Bro Nan kau sambil melihat-lihat ke dalam ice skating ring.

Aku cuma mampu tersenyum kambing. Malas nak layan, lebih kepada jual mahal sebenarnya.

Sebaik sahaja mesin resurface ais berlalu, pintu ring lantas di buka kembali. Semua pemain ice skating masuk ke ring. Aku pun sama. Masa tu baru lepas 'frust' dengan kekasih lama yang sudah bercinta sejak dari sekolah menengah.

Waktu itu aku datang seorang diri sahaja melayan perasaan. Masih ingat kawanku waktu itu, si Yati cakap :
"Gi lah Kak Lin... Mana tau jumpa pakwe ice skating".

Aku masuk perlahan-lahan ke ring. Sebenarnya tak pandai sangat pun main ice skating. Low self confidence. Gayat. Semua ada. Aku jalan perlahan-lahan tepi ring sambil beringat-ingat takut jatuh. Muka dan mata tengok kaki sahaja.

Masa di bahagian selekoh,  tiba-tiba laluanku dihalang beberapa jejaka ice skater. Tengok dari bawah, oh siap pakai kasut ice skate sendiri.

"Hendak tunjuk pro lah tu"
Getusku di dalam hati. Aku pakai yang sewa plastik ni sahaja.

Dari melihat ke permukaan ice kerana bimbang jatuh, aku menatap wajah mamat depan aku.

Mamat ni lagi!
Dia tersengih depan aku.

"Tumpang lalu sket!"
Aku menyapa,  nak marah pun ada. Tapi entahlah, kalini aku sudah agak cool down. Ada rasa macam malu sedikit pun ada. Aku lalu senyum padanya...Ececeh!

Si dia memberi laluan, sambil tersenyum juga.

Aku pun berlalu, mula meluncur dengan lebih confident dan dari tepi ring perlahan-lahan aku masuk ke laluan tengah.

"Ha, pandai pun...!"
Eh datang lagi mamat ni! Tapi dalam hati suka. Hebat juga mamat ni main ice skating. Siap mengundur lagi sambil cakap ngan aku.

"Meh lah main kat tengah lagi"
Sapanya lagi.

Aku tersenyum.
Lalu aku hulurkan tangan. Selamba sahaja aku berbuat begitu kerana aku pakai sarung tangan.

Dia terkejut.
Terkesima.
Ada awek hulur tangan minta dipimpin ni!
Hahaha...masa terhenti seketika! Masa tu aku 'slim' lagi ya. Memang masa muda aku ini jenis berani dan tidak kisah.

Tanganku disambut, ditariknya aku meluncur ke tengah. Kami beriringan main ice skating.

Rasa macam Fairy tales versi "kapak".

Selesai main ice skating,  diajaknya aku makan di KFC. Tengah makan tu tiba-tiba dia terhenti dan merenung mataku.

"Eh ada benda kat mata awak..."
Laju sahaja jari dia menuju mataku, di calitnya apa yang ada tepi mata (Ehem! ni zaman muda-muda ya faham-faham sahaja).

Terkejut aku!
Tahi mata aku selamba sahaja dia nak korek baru tak sampai 2 jam kenal?

"Yang kat dalam hidung,  korek sendiri lah ya".
Katanya lagi sambil tersengih macam kerang busuk.

Gila!
Terus sahaja aku bangun ke singki KFC, lalu membelek muka bimbang ada lagi saki baki tahi mata atau apa-apa lagi yang boleh memalukan aku.

Ya Allah.
Malu, marah pun ada.

Lepas makan, kami ke stesen bas. Ya lah, masa tu masih belajar lagi, hendak naik bas balik UIA di Petaling Jaya. Semasa dia duduk sebelah, bau wangi lembut semerbak menusuk hidung.

" Wangi nya... "
Aku menegur dia.

"Oh saya pakai minyak wangi biasa sahaja, jenama follow me".
Jawabnya, sambil tangannya mencari sesuatu dari dalam beg.

"Nah, ini dia kalau tak caya..."
Dikeluarkan sebotol minyak wangi jenama Follow Me,  disemburnya padaku terus.

Hahaha.
Ini dah lain ni. Lain sangat dari mana-mana lelaki yang aku pernah jumpa dalam hidup ni. Hati dah terpaut dari awal masa dalam ice skating ring, tapi kalini aku rasa "his the man".

Jujur. Tak hipokrit. Ramah.
Tak tunjuk macho.
Gila tak control!

Macamana? Suka cerita ni?
Ha ni zaman muda-muda tau, waktu tu umur 21 tahun, Bro Nan kau 31. Kami berkahwin dua tahun kemudian waktu Kak Lin masih dalam pengajian Ijazah Kejururawatan di Uia Kuantan.

-Kak Lin-
Yang kamu pula,  kenal si dia kamu macamana?
Jom share!

Elin Mohamad
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
#BukanCikguBiasa
#BukanSekadarFollow!

📁 File: #TheStoryofElin,  #Suamikumamaticeskating, #enalelin

📌 Sila #Like,  #Komen dan #Share jika anda belajar sesuatu. #Tag sahabat hanya bila dapat keizinan mereka. Semoga bermanfaat!

No comments:

Post a comment