Nasihat - Noor Azlin Mohamad

Home Top Ad

ads

Saturday, 1 April 2017

Nasihat


"Saya belum cukup hebat untuk menasihati orang lain"

Kita bersangka begini kerana kita takut sebenarnya.Takut untuk menasihati kerana takut ditempelak.

"Eleh nak nasihat orang macamlah kau bagus sangat".

Kak Lin pernah mengalami situasi ini. Bukan sekali tapi berkali-kali.  Kita cuba menasihati atau menegur dengan ikhlas tetapi dibalas dengan sindiran dan kejian.

Patah semangat dan rasa fed-up?

Entah beribu kali!

Namun Kak Lin menyedari sesuatu, orang yang ikhlas menegur kita untuk kebaikan kita takkan menjauh dari kita malah sering mendekati kita kembali, walaupun kita lari dari mereka, walau kita herdik mereka kerana menasihati kita.

Kenapa, sebab niat mereka baik.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk mereka lebih bagus atau lebih pandai, cuma ingin membimbing kita menjadi orang yang lebih baik, untuk kebaikan kita juga.

Dalam hidup Kak Lin, bukan tak pernah melakukan kesilapan, banyak kali teman!
Namun Allah hadiahkan rakan-rakan yang muncul menjadi sahabat akrab. Walaupun tidak selalu berjumpa, mereka selalu ada untuk menasihati Kak Lin.

Ming (arwah ibu Kak Lin), telah lama tiada. Jadi sahabat dan Lecturerlah yang banyak memberi nasihat dan teguran.

Satu perkara yang Kak Lin perhatikan, nasihat menasihati ini ada caranya, ada waktunya, ada seninya.

Herdik, Sinis,Sentap, Terjah,Sindiran,Makan Dalam...

Itu cuma memberi kepuasan pada yang memberi nasihat kononnya kita sudah menasihati cara lembut tapi tak berjaya maka cara begini lebih "afdhal".

Rasulullah tegas orangnya, tapi lembut dalam memberi nasihat dan dakwah.
Tegas ialah kita tetap pendirian kita.
Bukan bermakna kita selalu betul.

Sekian bebelan petang Sabtu untuk tajuk "Menasihati". Selamat beramal!

-Kak Lin-
Pernah punya rambut merah.
#UniversityOfHome

No comments:

Post a comment