Result untuk Ming - Noor Azlin Mohamad

Home Top Ad

ads

Thursday, 16 March 2017

Result untuk Ming

Kenangan lama terusik kembali, mengingatkan Kak Lin tentang arwah ibu yang kami panggil "Ming".

Kak Lin menduduki exam Spm pada tahun 2000. Tahun itu, Ming mulai sakit dan asyik berulang alik ke Hospital. Wad dah jadi rumah kedua kami. Semasa di tingkatan 4,  Kak Lin bersekolah di MRSM. Namun memikirkan tiada yang boleh menjaga Ming di wad, Kak Lin pulang ke sekolah lama, SMKTM.

Hari pertama kembali ke sekolah tersebut kak lin dapat berita umi dimasukkan ke hospital lagi, kalini dipindahkan ke Hospital Kota Bharu dari Hospital Jerteh. Haritu adalah 10 February 2000, kebetulan jatuh pada hari jadi Kak lin. Sudahlah mendaftar lewat ke sekolah, kini terpaksa tidak hadir pula.

Berbulan lamanya kak lin tinggalkan sekolah. Datang pun macam biskut chipsmore. Kak lin masa tu rasa down sangat dengan pelajaran,  mana taknya, asyik tinggal sekolah.

Adik-adik masih kecil,  3 orang masih di sekolah rendah, abang dan kakak pula di Universiti. Kak Lin tak fikirpun pasal SPM masa tu, rasa kasihan pada Ming yang sedang sarat mengandung Fatihah (adik bongsu) dan adik-adik lagi kuat dari rasa ingin bersekolah.

Masih teringat adegan-adegan panjat pagar yang sudah dirantai kerana lewat ke sekolah gara-gara tak dapat transport dari hospital jerteh ke sekolah di alor lintang. Juga masih terngiang guru-guru berbincang...
"Kesian saya tengok Azlin,  tu, datang sekolah pun kadang-kadang, macamana nak faham apa yang diajar di hadapan".

Pelajaran kak lin  memang pada tahap yang membimbangkan, tambahan pula kak lin aliran sains tulin yang mana subjek sukar seperti Kimia,  Fizik, Biology dan Add Math merupakan subjek wajib diambil. Rata-ratanya kak lin fail,  paling tinggi pun lulus sahaja bila ada ujian bulanan atau percubaan.

Ming selamat melahirkan Fatihah pada 10 May 2000. Kak Lin  masih ingat doktor memberitahu Ming punyai peluang cuma 30% untuk berjaya mengharungi caeser. Jantung Ming telah bengkak dan risiko sangat tinggi. Namun kerana bukan itu tarikh Allah menjemput Ming, maka Allah telah lanjutkan waktu Ming untuk bersama kami.

Selepas 3minggu,  Ming dipindahkan dari ICU ke wad biasa, dan boleh discaj ke rumah. Ming memang kuat semangat walau badannya kecil molek sahaja. Ming memujuk kak lin untuk kembali fokus kepada pelajaran.

"Elin kan pandai, Kalu elin tak faham apa yang cikgu ajar,  elin belajarlah sendiri. Ming yakin elin bulih buat".  Kata-kata Ming buat kak Lin kembali kuat.

Masih ingat waktu itu kak lin meminta derma dari beberapa orang guru untuk membeli buku rujukan jenama Pelangi. Keadaan kewangan keluarga masa tu amat teruk kerana sudah berbulan-bulan berkampung di hospital. Gaji abah yang ketika itu cuma kopral polis dengan 6 anak amat tidak mencukupi.

Kak Lin mulai mentelaah sendiri dengan buku -buku rujukan tersebut. Setiap helai kaklin baca dan buat nota. Nota-nota tersebut kaklin compile jadi buku-buku kecil.  Di dinding bilik penuh dengan senarai do's iaitu senarai bab-bab yang perlu diulangkaji.

Kak lin dah banyak ketinggalan.  Semua yang belajar masa tingkatan 4 pun dah lupa kerana lama tidak bersekolah. Masa tu bulan Jun,  sudah hampir percubaan SPM. Keputusan percubaan agak menyedihkan, di mana subjek-subjek penting kak lin lulus cukup-cukup makan sahaja. Subjek Kimia masa tu kak lin dapat C6. Sampai Cikgu Cin (Hussin) guru kimia masa tu menyampaikan rasa gusar pada mata pelajaran kak lin kepada abah pada hari PIBG.

4 bulan.
Itulah masa yang kak lin ambil untuk mengulangkaji kembali pelajaran yang tertinggal.  Sambil menjaga adik Fatihah yang sering menemani hingga ke malam hari. Ming pula memberi semangat dengan membuat air milo panas bila kaklin study di tengah malam.

Ming masih berulang alik ke hospital untuk follow up. Keadaan Kesihatannya belum pulih sebenarnya tapi Ming berkeras ingin tinggal di rumah. Kak Lin pergi sekolah masih macam biskut, kadang-kadang sehari sahaja seminggu. Kesian melihat Ming yang tidak sihat menguruskan adik-adik dan Fatihah. 

Cara Kak Lin study, sambil tangan membuai adik. Sambil baca atau buat nota. Bila rasa mengantuk kaklin baringkan kepala atas bola. Bila Fatihah bergerak dalam buai, tangan terayun sama dan bola tu beralih. Terus bedebuk jatuh kepala dan bangun study kembali. Di kelas pula, cikgu di hadapan mengajar bab yang tingkatan 5,kak lin pula study sendiri di belakang mulai bab tingkatan 4. Memang tak fokus apa yang diajar kerana tidak faham apapun haha!

Waktu ambil keputusan SPM akhirnya tiba. Ming pesan pada kak lin, jangan buka result tersebut selagi dia tidak melihatnya. Maka kak lin pun menurut sahaja. Seusai mengambil result di sekolah menaiki motor, kaklin kembali ke rumah dengan segengam slip spm.

Ming dengan muka ala-ala suspen mengambil result tersebut untuk dibaca.

Dibacanya satu-satu subjek dari atas.. (kak lin tak ingat turutannya)
.
.
.
Kimia......
A1

Biology...
A2

Fizik
B4

Matematik
A1

B.inggerri
A1

B. Melayu
A2

Pendidikan Islam
B3

Sejarah
A1

Matematik Tambahan
A2
.
.
.
ALLAHU...
Kaklin dan Ming menangis bersama... Air mata gembira seorang ibu dan anak mengalir deras...

Ya Allah, kau kurniakan aku dengan apa yang tak kusangkakan... Alhamdulillah syukur ya Allah....

Mungkin pada sesetengah orang fikir, ah, bukannya straight A...
Tapi pada kami,  4 A1, 3A2,1 B3 dan 1B4 adalah hadiah usaha dan doa yang tidak putus....
Masa tu nama kaklin dicalonkan jadi pelajar terbaik sekolah. Muka comot ini telah masuk ke majalah sekolah buat pertama kalinya.

Alfatihah untuk Ming yang telah pergi dahulu menghadap Ilahi pada tahun 2002.

Elin (panggilan family) sayang Ming.
Kerana Ming elin berjaya dalam SPM.
Sampai sekarang Ming masih tunjang semangat elin.

Elin rindu Ming!

Kak Lin
- Nukilah Budak Meja Belakang-
#thestoryofelin
#SPM2000
#SMKTM
#candlegirl2000

Tag: Noor Yante, Noor Ayu Mohd ,  Zainal Zom, Ahmad Shah Rezza Mohamad

No comments:

Post a comment