Memperbaiki Diri - Noor Azlin Mohamad

Monday, 9 November 2020

Memperbaiki Diri


Saat ini, kita perlu sibukkan memperbaiki diri kita. Perbaiki amalan, sikap dan cara hidup. Fokus bagaimana untuk menghadapi saat getir, dan cara untuk hadapinya jika ia berlanjutan.


Sebagai pesakit anxiety, saya selalu akan berfikir apa yang bakal berlaku setiap masa. Jangan nasihat, usah layan sangat fikiran itu, esok belum pasti, serah pada Tuhan. Itu semua  memang caranya kami menjawab pemikiran kami sendiri. 


Ianya bukan perkara yang boleh dipadam, ditukar ganti atau dilupakan begitu sahaja. Saat orang berfikir untuk esok, saya sudah berfikir untuk setahun, 5 tahun dan mungkin sehingga dunia kiamat. 


Anggaran perkara buruk bakal berlaku lebih tinggi dari perkara baik, maka saya akan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Saya juga akan takut pada banyak perkara. Ini tidak dapat dikawal.


Contoh simple, saya akan meletakkan cawan di tengah-tengah meja, kerana bayangan tumpah itu sudah ada. Bukan setakat tumpah, kena pula dokumen penting. Dokumen tu pula tiba-tiba tiada salinan lain. Lepastu kena keringkan bla bla bla... 


Jadi ianya seperti main catur, think 2 step ahead. Saya fikir 3 hingga 5 step ahead bila main catur. Tidak hairan dalam televisyen ada movie pesakit mental pandai main catur. Ianya skill tak diundang.


Berbalik kepada menambah baik diri. Oleh kerana saya selalu think ahead, saya sudah memikirkan semua kemungkinan buruk yang bakal berlaku akan datang. Saya tidak hairan orang cakap "ekonomi makin teruk". 


Jadi setiap hari saya akan cuba tambah skill, belajar benda baru dan bina networking. Saya tiada masa untuk kritik orang lain, dalam kepala saya sudah sibuk mengkritik diri sendiri.  Rasa diri tidak cukup usaha, takut untuk mencuba dan keras kepala. 


Sebenarnya, jika semua orang, yang sihat atau tidak sihat mental, berfikir untuk memperbaiki diri sendiri, dunia ini akan lebih aman. Kita banyak menghabiskan masa mengkritik itu dan ini, walaupun suara kita tu bagai debu di awangan. Menyerabutkan tetapi tidak memberi kebaikan. 


Menambahbaik diri, akan menambahbaik keluarga, komuniti, negara dan seterusnya dunia. Kita adalah batu batanya. Saya tak kata kritikan itu salah. Cuma rugi kalau dihabiskan masa sehari-hari mengkritik orang lain sahaja.


Sekian nukilan pagi dari sudut pandang saya. Sekali lagi, saya bukan bukan pakar motivasi. Sekadar menulis apa yang tercetus di pemikiran.


Selamat pagi pejuang kehidupan.

Teruslah melangkah!


- Elin -

#UniversityOfHome 

No comments:

Post a comment