Keluhan
demi keluhan saya baca di newsfeed, berkenaan perkara penting yang
diumumkan oleh Perdana Menteri pagi tadi. Ramai yang menyuarakan rasa
gusar akan tidak puas hati juga.
Namun saya yakin, ada juga
yang menghela nafas lega, dan rasa ada sinar untuk mula meraih
pendapatan kembali setelah poket sudah hampir kosong.
Antara ekonomi dan nyawa, mana lebih penting?
Ini bukan soalan rakyat Malaysia sahaja, malah seluruh dunia. Pihak
pemerintah perlu membuat keputusan dan antara kedua-duanya pasti ada
yang tidak puas hati juga.
Saya menonton video-video tunjuk
perasaan rakyat di Amerika, di mana ada rakyat tidak puas hati dengan
perintah kawalan pergerakan. Mereka menyuarakan hak mereka untuk
bekerja dan mencari wang.
Bila saya membaca perkembangan dunia
berkenaan isu wabak COVID ini, dua elemen yakni nyawa atau ekonomi
memang menjadi pertaruhan. Namun keputusan harus dibuat dan ianya tidak
akan dapat menyelesaikan semua masalah.
Di Malaysia, sejak dari
PKP pertama, saya baca keluhan rakyat yang kehilangan mata pencarian,
peniagaan yang gulung tikar dan tidak kurang juga bertambahnya mereka
yang ingkar PKP.
Jadi kita perlu hadapi kenyataan bahawa wabak
ini akan berpanjangan selagi kita belum menjumpai vaksin atau apa-apa
untuk mencegahnya. Manusia akan terus bersifat manusia dan akan bergerak
ke sana dan ke mari.
Namun, di sinilah kita harus sedar the
new normal yang sebenar. Bahawa kita harus membina kesedaran menjaga
kesihatan pada peringkat individu. Basuh tangan dengan sabun setiap kali
sebelum dan selepas aktiviti, memakai topeng muka bila bergejala dan
mengamalkan penjarakan sosial.
Mustahil! Rakyat kita degil!
Ini yang saya baca dari banyak komen di laman media sosial. Bahawa
manusia tidak akan belajar untuk menjaga diri, dan akan terus menerus
menyebarkan wabak ini.
Ada sesetengah manusia yang hanya akan
belajar, apabila mereka dijangkiti dan jatuh sakit, atau kehilangan
mereka yang tersayang sahaja. Disaman, dikurung, dimarahi, diperli,
dijeling, mereka tidak akan faham.
Itu sebabnya masih ada yang
keluar bukan kerana keperluan, yang tidak menjaga jarak sosial, yang
melepak beramai-ramai dan sebagainya. Mereka cuma tidak nahu didenda,
namun mereka tidak takut ancaman sebenar wabak ini.
Jadi, kita
kena mulai praktikkan menjaga diri dan keluarga kita. Walau apapun
keputusan kerajaan, kita sebagai rakyat terpaksa akur. Kita yang
mencorakkan masa depan kita.
Bagi mereka yang tidak mahu
menjaga diri, kita serahkan mereka pada Tuhan. Iya, bimbang nanti kita
yang dijangkiti kerana kedegilan mereka. Jagalah diri kita dan amalkan 3
yang tadi dan pada masa yang sama bertawakal pada Tuhan.
Life goes on, biarkan si luncai terjun bersama labu-labunya.
Kita, jaga kita.
- Elin-
#UniversityOfHome
#KitaJagaKita
#Covid19
𝟱 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
-
5 sebab kematian utama rakyat Malaysia pada tahun 2018 mengikut Jabatan
Perangkaan Malaysia: Penyakit jantung koronari Penyakit radang paru-paru
Penyakit s...
1 week ago
No comments:
Post a comment