Ujian hidup merantau - Noor Azlin Mohamad

Saturday, 26 August 2017

Ujian hidup merantau


"Banyak ujian ayang sekarang abang."
Kataku pada suamiku.

"Allah hantar ayang untuk memberi teguran kepada orang lain. Membetulkan apa yang salah".
Balas suamiku memujuk.

Hidup merantau di tempat orang,  memang banyak ujian. Lebih-lebih lagi jika kita orang susah. Kita mungkin tanpa sengaja menyusahkan orang. Tanpa sengaja mengganggu ruang orang lain. Tanpa sengaja buat orang beranggapan yang bukan-bukan tentang kita.

Niat kita cuma nak laksanakan tanggungjawab kita. Kita tak tahu hati orang. Jahat atau baik hanya Allah yang tahu. Kita juga bukan sempurna. Ada kekurangan.

Bila ada orang hulur bantuan, walaupun gembira,  namun hati bimbang jika kita ini menyusahkan orang. Hati manusia ini bagai pantai, sekejap sahaja berubah. Bila nak minta bantuan pun sama, rasa gundah sangat, takut orang memberi budi kerana terpaksa. Takut juga budi itu ada niatnya.

Sudah cuba sedaya upaya berdikari. Sepanjang tinggal di sini walaupun ada ramai saudara dan sahabat yang offer bantuan, siap rakan-rakan fb bagi no contact,  masih cuba berdiri atas kaki sendiri.

Bukan sombong, tapi gusar.
Kita orang susah, jika menyusahkan
Orang benci, orang tak suka.
Belum campur bab fitnah dan bercakap belakang.

Walaupun susah duit, tak susah hati.
Dan susah duit tak menjadikan kita
Pencuri, penipu atau sepertinya.

Sebab kita percaya Konsep Allah akan membalas baik atau buruk kita.

Malam ini betul-betul diuji tahap kesabaran.
Akan diingat satu pengajaran,
Manusia itu penuh sangkaan.

Nukilan,

-Kak Lin-
Kesusahan mengajar kau mengenali manusia disekelilingmu. Belajarlah.

#MenggapaiMaster
#TheStoryOfElin

Catatan 00:52 am | Bilik Sewa Putrajaya

Nota: Dalam Gambar, sedang menunggu bas pada waktu pagi.

No comments:

Post a comment