Mi Tia Sup Yala - Noor Azlin Mohamad

Saturday, 1 April 2017

Mi Tia Sup Yala


Masa kecik dulu kan...suka beli "Mi Tia" sup dekat Restoren Yala depan Hospital Besar Jerteh. Kenangan duk intai tepi kaunter dapur tengok mi diletak daging cincang, sayur sawi dan taugeh...dicelup-celup ke dalam tong berisi air menggelegak.

Kemudian di tos dan dimasukkan ke dalam plastik separa jernih. Bau harum sayur sawi dicelur bercampur taugeh menusuk hidung. Kemudian melihat tukang masak dengan pantas mencedok kuah sup ke dalam plastik tadi. Plastik dibiar terbuka, dipegang tepi sambil memasukkan cili kering kasar, beberapa serbuk (tidak pasti apakah ia haha) dan last sekali bawang goreng dan kacang tumbuk.

MasyaAllah... Bau dia... Waktu mengikat sedikit sebanyak bau semerbak kacang dalam kuah sup boleh bikin hati menggila!

Bila balik, buka plastik dan tuang ke dalam pinggan warna coklat. Makanan Syurga. Itu yang Kak Lin rasa.

Rindu.
Bila dapat merasa yang sebegitu lagi, dan di mana?

-Kak Lin-
Mula-mula ke KL, agak jakun dengan nama "Kueyteow Sup". Terfikir "Mi Tia" dalam bentuk kueh.
Kuey=Kueh

#UniversityOfHome

No comments:

Post a comment